S: Adakah minuman ini sejenis ubat?
J: Tidak, minuman ini hanya minuman kesihatan yang berfungsi memberi tenaga dan memperbaiki masalah yang berkaitan dengan darah.
S: Bolehkah minuman ini diambil bersama ubat hospital?
J: Boleh, minuman ini boleh diambil bersama ubat hospital dan tidak akan berlaku tindak balas.
S: Adakah minuman ini akan memberi tindak balas sekiranya diambil dalam kadar berlebihan?
J: Dalam banyak kes, untuk kali pertama pengambilan akan memberi kesan kepada peminum seperti demam, sakit-sakit sendi, pening kepala dan sebagainya. Namun kesan tersebut bersifat sementara dan akan hilang dalam masa beberapa hari. Sekiranya ini berlaku, amalan pengambilan hendaklah diteruskan dan minuman ini tidak memberi kesan negatif sekiranya diambil berlebihan cuma dapat melawaskan perut.
S: Perlukah saya menjauhkan sesetangah makanan ketika mengambil minuman ini?
J: Tidak perlu dan anda bebas mengambil segala jenis makanan.
S: Bagaimanakah cara pengambilannya?
J: Kepada yang mempunyai masalah kesihatan, disarankan untuk mengambil pada waktu pagi sebelum sarapan dan sebelum makan malam kira-kira 100ml atau setengah gelas teh dan kepada yang tiada masalah kesihatan, boleh mengambilnya sebelum sarapan pagi sahaja.
S: Adakah minuman ini menagndungi bahan kimia atau dadah terlarang?
J: Tidak, minuman ini diilhamkan daripada tanaman herba iaitu kemunting cina dan juga melada pahit.
S: Bagaimanakah kesan pengambilan minuman ini terhadap badan?
J: Bergantung pada jenis darah. Darah A, B dan AB memberikan kesan yang cepat manakala darah jenis O agak lambat.
S: Siapakah yang tidak digalakkan untuk mengambil minuman ini?
J: Minuman ini boleh diambil oleh sesiapa sahaja dan semua peringkat umur cuma tidak digalakkan diambil oleh mereka yang mempunyai tahap tekanan darah yang terlalu rendah.
S: Bolehkah ibu mengandung mengambil minuman ini?
J: Boleh tetapi bagi 3bulan yang pertama tidak digalakkan kerana takut mengganggu kehamilan tersebut. Disarankan untuk minum air herba jenis perasa.
Pusat Jualan Negeri Kelantan, PT723 Jalan Hulu Pasar, Ketereh, 16450 Kota Bharu, Kelantan